Semalam tular di media sosial beberapa rakaman dashcam yang menunjukkan punca kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Bentong, Pahang.

Menerusi rakaman tersebut, tindakan pemandu Toyota Camry putih menggunakan lorong kecemasan secara mengejut sehingga menyebabkan sebuah motosikal terbabas. Malah, pemandu Toyota Camry tidak memberhentikan kenderaannya dan terus beredar dari lokasi kejadian.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pahang Superintendan Kamarulzaman Jusoh mengesahkan pemandu kenderaan terbabit yang juga seorang lelaki berusia 37 tahun menyerah diri selepas membuat laporan di Balai Polis Gombak pada 6.51 petang.

Tambahnya, pemandu kereta itu dibawa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong dan akan menjalani ujian saringan awal air kencing serta kenderaannya juga ditahan untuk siasatan lanjut.

Mangsa yang cedera di hantar ke Hospital Bentong dan dirawat sebagai pesakit luar. Dua mangsa yang menunggang dan membonceng motosikal itu akan dipanggil untuk membantu siasatan. Ketika ini, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa kes kemalangan yang pernah berlaku di Malaysia. Klik pautan di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut.

Kemalangan Ketika Pulang Beli Motosikal Baru, Isteri Kongsi Detik Terakhir Ikut Suami Dari Belakang

Tular Kemalangan Didakwa Berpunca Minyak Atas Jalan, Ini Sebenarnya Yang Berlaku Menurut Polis

Tular Video Penunggang Motosikal Terlibat Dua Kemalangan Dalam Satu Masa

Sumber