Ini merupakan satu berita baik buat anda yang tidak pernah lagi berkunjung ke Movie Animation Park Studios (MAPS) yang terletak di Ipoh, Perak ini. Ini kerana anda dibenarkan masuk secara percuma ke taman tema tersebut mulai 1 Mac ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Menurutnya, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) memperkenalkan model perniagaan baharu untuk menarik minat pengunjung ke taman tema tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/BuEKD1Fl3Pm/

Kini, anda boleh masuk ke MAPS secara percuma dan hanya perlu membayar sekiranya ingin bermain permainan atau menonton persembahan yang disediakan. Sistem berkupon akan diperkenalkan agar memudahkan pengunjung.

Sebelum ini, warganet mengatakan bahawa harga tiket masuk ke MAPS agak tinggi dan berada di luar kemampuan mereka. Melalui inisiatif ini, warganet pastinya mampu untuk berhibur di taman tema tersebut.