Sebelum ini, muncul spekulasi mendakwa pengacara Yasmin Hani dikatakan tinggal sebumbung dengan pelakon Alif Hadi walaupun tiada sebarang ikatan yang sah gara-gara sering memuat naik video bersama di dalam rumah.

Lantaran itu, Yasmin menafikan hal tersebut sekaligus menepis dakwaan dan mengatakan dirinya tinggal bersama ibunya serta sebagai wanita dewasa, dirinya tahu membezakan mana yang betul atau tidak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut laporan, Yasmin memberitahu dia bukan hanya menetap dengan anak-anak dan ibunya tetapi juga bersama pembantu rumah. Tambahnya, Alif memang sering datang ke rumah untuk makan tetapi mereka berdua masih tahu menjaga batas pergaulan.

Sementara itu, Yasmin juga meluahkan rasa sedih dengan pemikiran sempit masyarakat yang mudah menuduh dan menjatuhkan hukum terhadap seseorang tanpa mengetahui hal sebenar. Malah, Yasmin turut menafikan dakwaan bakal berkahwin dengan kekasihnya itu dalam masa terdekat.

Menurutnya, dia mahu Alif belajar banyak perkara terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk berkongsi hidup. Untuk rekod, Yasmin pernah mendirikan rumah tangga dengan Sha’arin Mohd Razali pada 2011 namun bercerai tahun lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 7, dan Eissa Elzander Wong, 5.