Bermula bulan Mac lalu, kumpulan anti Islam dari Leicester mula merancang untuk mengadakan hari menghukum umat Islam di UK. Risalah yang mengenai rancangan tersebut mengandungi cara untuk menyakiti umat Islam di sana dan menjanjikan ‘ganjaran’ kepada mereka yang berjaya menyakiti umat Islam. Rancangan tersebut turut disebarkan melalui platform media sosial.

punish muslim day

Menurut siasatan awal Polis Kawalan Keganasan British, rancangan tersebut tercetus akibat beberapa siri serangan oleh pihak The Islamic Stateof Iraq and Levant (ISIL) yang telah mengakibatkan beberapa insiden di UK. Artikel yang tersebar itu turut mengandungi ayat yang ‘mengapi-apikan’ emosi para penyokong.

Perkara ini mungkin sesuatu yang sengaja dibuat oleh kumpulan tidak bertanggungjawab ini bagi menaikkan kembali Islamophobia di benua Eropah. Cara mereka ini saling tidak ubah seperti dalam filem The Purge.

Namun orang bukan Islam di United Kingdom sendiri mengecam tindakan dan perbuatan tidak bertanggungjawab ini. Pihak berkuasa berkata ancaman ini lebih kepada satu ‘gurauan kasar’ tetapi mereka tetap mengambil serious tentang ancaman ini.

Jurucakap Leicestershire Federation of Muslim Organization (FMO), Suleman Nagdi berkata pihak mereka sedang berusaha untuk melindungi umat Islam disana dengan kerjasama pihak polis. Beliau turut meminta agar umat Islam kekal tenang dan berjaga-jaga. Kita doakan agar semua umat Islam di United Kingdom selamat dan tidak berdepan musibah.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group