Ditulis Oleh:
Afdzal Zullah Mahamed Salleh
Beliau adalah financial planning advisor di The Agency Group (TAG), Prudential Subang Jaya
May 16, 2017 4:13 PM

Hari ini hari terakhir aku tinggal di rumah flat USJ 1.

Kehidupannya, sosialnya, warganya membuatkan aku agak kekok & agak tidak selesa dengan keadaan sekeliling macam ini.

Kemiskinan harta bukan lah hina bagiku, tetapi kemiskinan jiwa adalah merisaukanku.Kita bina lah sebuah bangunan yang hebat 20 tahun maju kehadapan sekali pun, tetapi minda kita masih miskin 10 tahun ke belakang pun tiada guna.

Teringat tatkala berada di Jepun. Walaupun bangunannya di sana old skool, tetapi kawasannya sangatlah bersih. Jadi siapa perlu dipersalahkan? Tanya lah diri. Adakah kita bersedia untuk menempuh cabaran-cabaran di masa hadapan?


Artikel di atas disumbangkan oleh Afdzal Zullah Mahamed Salleh. Beliau adalah financial planning advisor di The Agency Group (TAG), Prudential Subang Jaya. Boleh ikuti beliau di sini.