Sarawak mempunyai cara unik untuk menyambut sikap perpaduan yang sudah menjadi tunjang kepada Bangsa Malaysia hari ini.

Pada sambutan Maulidur Rasul tahun ini, pelbagai kaum di Sarawak turun untuk menyambut hari keputeraan Nabi Muhammad SAW.

FW1008873_PTJ05_24012020_KLIA_TINJAUAN-mpr-1536×1029
HYPE
Ikuti Saranan KKM Untuk Lindungi Diri Anda Daripada Jangkitan COVID-19
Baca lagi →

Pelbagai jenis kaum dan etnik turun sambil membawa sepanduk masing-masing dan diikuti dengan selawat bagi mengingati Nabi Muhammad SAW.

Apa yang lebih unik, masing-masing mengenakan busana daripada etnik masing-masing dan berada di tapak perarakan sejak awal pagi.

Manakala di Sabah, Labuan telah mencatatkan rekod ‘zero’ konflik perkauman di sana.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Waytha Moorthy A/L Ponnusamy menjelaskan bahawa tiada apa-apa laporan mengenai perkauman diterima di Wilayah Persekutuan Labuan.

Ini telah menjadikan Labuan sebagai wilayah ‘zero’ konflik perkauman dan meletakkan mereka sebagai antara kawasan paling majmuk dan harmoni di Malaysia.

Kenyataan ini tidak mengejutkan apabila kesedaran dan sikap toleransi masyarakat Labuan dalam menjaga hubungan setiap bangsa telah mewujudkan satu wilayah perpaduan yang tinggi.

Aktivis Kemanusian dan juga pemenang Anugerah Maulidur Rasul tahun ini, Tan Sri Lee Lam Thye pernah menyebut bahawa tugas utama setiap rakyat Malaysia – tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik – adalah menjamin keharmonian kaum dan agama kekal utuh.

Masyarakat berbilang bangsa dan agama telah menjadi tunjang kepada negara Malaysia sehingga kini.

Ianya penting buat seluruh rakyat Malaysia untuk sentiasa bersederhana dan terus bersikap patriotik atas nama Malaysia – bukan bangsa – bagi membentuk Malaysia yang lebih aman.

Sebarang bentuk sikap ekstremisme perlu ditangkis awal – dari anak kecil sehingga dewasa – bagi memberi ruang kepada perpaduan untuk terus kekal lama.

Berikut adalah cerita lain mengenai perpaduan di Malaysia untuk rujukan anda. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Iklan Kemerdekaan GM Klang Bawakan Mesej Perpaduan Dengan Gaya Yang ‘Fun’

Kisah Guru Ini Menyedarkan Kami Masih Ramai Rakyat Malaysia Yang Cintakan Kedamaian Dan Perpaduan

Ini Top 5 Makanan Tempatan Paling Digemari Rakyat Malaysia

 

 

Anda Mungkin Suka