Selepas berjaya mencetus fenomena di pawagam, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ditayangkan pula secara eksklusif di Netflix sempena Hari Malaysia pada 16 September lalu.

Netflix menjadi medium baharu untuk penonton yang mahu mengulang tonton filem tersebut dan buat pertama kali bagi mereka yang tidak sempat menontonnya di pawagam.

Baca Juga:

Walaupun muncul sebagai filem nombor 1 paling ditonton di Netflix ketika ini, rata-rata penonton yang menontonnya buat kali pertama memberi respons negatif terhadap filem tersebut terutamanya dari segi bunyi, skrip dan kualiti sinematografi.

Menjengah ciapan pengguna di Twitter, filem tersebut dilihat sebagai sebuah popcorn movie dan mereka berpendapat filem berkaitan sejarah sepatutnya lebih ‘serius’.

Tidak kurang juga ada yang memberi rating 3/10 sahaja untuk filem ini. “Baru selesai menonton filem ini di Netflix. Tidak faham mengapa filem ini menerima komen negatif. Ia bukan satu filem yang teruk. Saya beri rating 3/10 untuk filem ini,” tulis seorang pengguna Twitter dengan nada sarkastik.

“Baru lepas tonton Mat Kilau, biasa-biasa saja. Aksi berlawan terlalu kuat, dialog pula asyik marah-marah. Kesudahan cerita pula macam tergantung,” komen seorang lagi pengguna Twitter.

Skrip yang diucapkan oleh para pelakon juga kedengaran seperti ‘ceramah’ dan ‘berpuisi’ menurut mereka. Tetapi ada netizen yang memberi pandangan pihak produksi mungkin sudah cuba yang terbaik untuk bangkitkan feel zaman tersebut dalam bentuk dialog yang diucapkan para pelakon.

Di sebalik segala komen negatif yang dihamburkan, ada penonton kali pertama yang menghargai karya Mat Kilau ini.

“Anda perlu menonton Mat Kilau. Saya boleh kata ia filem Melayu pertama yang mendapat tempat di hati. Saya sangat skeptikal dengan filem Melayu. Ternyata saya salah. Saya percaya jika ada sambungan untuk Mat Kilau, saya akan pastikan tonton filem ini di pawagam. Saya beri rating 5 bintang,” tulisnya.

Tepuk dada tanya selera. Jika anda mahu tonton filem Mat Kilau, ia sudah ada di Netflix dan setiap penonton mempunyai pandangan mereka yang tersendiri. Ada yang suka dan ada yang tidak suka.

Bagi pihak pembuat filem, sukar untuk puaskan hati semua tetapi take note dengan komen-komen negatif untuk perbaiki dan hasilkan filem yang lebih baik di masa akan datang.

Selepas 33 hari ditayangkan di pawagam Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan muncul filem dengan kutipan paling tinggi di Malaysia iaitu RM90 juta, mengatasi filem Avengers: End Game yang mengutip RM87 juta.