Mendirikan rumah tangga dan melayari bahtera perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilalui malah kita sering diingatkan agar berhati-hati memilih pasangan untuk dijadikan peneman sehingga akhir hayat kita.

Ada ketikanya keputusan kita untuk mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati akan membuatkan orang sekeliling terkejut- mungkin kerana pekerjaan mereka atau apa sahaja yang mungkin dirasakan tidak kena pada pandangan mereka.

Seperti yang dilalui usahawan Nur Fatihah Yaakob ini yang berkongsikan kisah dari awal perkahwinannnya yang mana rakan-rakannya terkejut dengan pilihan yang ingin dibuatnya satu ketika dahulu.

Fatihah1
“haaa mat rempit ni. macamana boleh tersuka dekat dia ni,” Nur Fatehah

“Kawan-kawan be like (macam) serius lah Fatihah nak kahwin dengan Din. Aku pun macam arghhh ikut lah nak kahwin dengan siapa janji aku kenal siapa dia.

“Ya lah, ‘mat moto’, selekeh, kereta pun kancil saja. Tak apa janji aku tahu usaha dia,”kongsi beliau di Facebook.

Nur Fatehah kemudiannya berkongsikan kembali gambar-gambar di awal perkahwinan mereka dan turut menceritakan setiap perjalanan yang ditempuhinya bersama suaminya yang digelar ‘mat rempit’ itu.

Jelas Nur Fatihah, suaminya hanya bekerja sebagai seorang juruteknik kilang sebelum berkahwin dengannya dan mereka juga tidak pernah berkongsikan kisah percintaan mereka dengan sehinggakan ada rakan-rakan yang tidak hadir ke majlis perkahwinan mereka kerana menganggap perkara itu sebagai satu gurauan.

fatihah2
“Ramai juga kawan yang tak percaya kami nak kahwin ni, sudah jemput pun tiada yang nak datang sebab ingat main-main,”-Nur Fatehah

Dari berdua kini bertiga

Memasuki tahun kedua perkahwinan, Nur Fatihah menceritakan mereka akhirnya menyambut ketibaan anak pertama mereka. Namun sedikit menyedihkan apabila mereka terpaksa berjauhan dan menjalankan perhubungan jarak jauh (PJJ) buat seketika kerana suaminya yang bekerja di Johor ketika itu.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian mereka akhirnya kembali bersatu apabila suaminya difahamkan pulang ke Perak untuk membantunya menguruskan perniagaan.

fatehah3
“Tahun kedua sudah bertiga, tapi dia kerja di Pengerang, Johor,”-Nur Fatehah

“Balik Perak, nak tolong sis berniaga sis tak pandai memandu. Tak apa lah jadilah kerja kejap.

“Benda yang dia tak suka duduk menghadap laptop, kerja la dalam 4 bulan. Janji kerja sis tak suka suami malas,” jelasnya.

Bermula daripada menguruskan perniagaan bersama, kisah mereka kemudiannya menjadi lebih menarik apabila Nur Fatihah turut berkongsikan gambar kejayaan mereka memiliki kereta sendiri hasil daripada titik peluh mereka.

Selepas itu juga, suaminya mula bekerja sebagai pekerja penyelenggaran bangunan dalam di tempat mereka bekerja selama setahun.

maintenance
“Berhenti (kerja) uMobile dapat maintainance sebelah bangunan mall yang kami kerja ini. Dalam setahun juga kerja,”-Nur Fatehah

Langit tidak selalu cerah

Selepas bekerja sebagai pekerja penyelenggaran di pusat membeli-belah, rezeki mereka kemudiannya bertambah baik apabila suaminya diterima bekerja di syarikat minyak dan gas.

“Alhamdulillah dapat kerja Sapura. Mula-mula topi oren newbie pastu topi biru rigger.

“Masa bersalin Ainul tukar topi kelabu foreman rigger. Progress by progress,” kongsi beliau.

rig
“Gaji asyuk ni sis dapat la merasa iPhone 11 Pro waktu ini dia belikan,”-Nur Fatehah

Bagaimanapun, bak kata pepatah ‘langit tidak selalunya cerah’, perkara sama juga turut berlaku kepada mereka apabila suaminya dialihkan buat sementara waktu dari pekerjaannya bersama Sapura.

Ia susulan untuk menunggu senarai ujian saringan COVID-19 perlu dilakukan untuk membolehkannya kembali bekerja.

“Tapi tak berharap sangat, jadi waktu ini kami jual barang basah.

“Ikan, udang, kerang, siput sudu, pelitup muka, hand sanitizer dan macam-macam lah,” ceritanya.

Tambah mengecewakan, ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan bermula, suaminya tidak lagi dipanggil untuk bekerja bersama syarikat lamanya.

Sejurus kejadian tersebut, mereka kemudiannya memutuskan untuk mendaftarkan perniagaan berkait pembinaan buat suaminya yang dikenali dengan nama Hafqa Enterprise.

hafqa

Perkongsian Nur Fatihah mengenai susah senang mereka itu sebelum ini mendapat hampir 10,000 shares di Facebook dan berjaya memberikan inspirasi buat netizen di luar sana.

Key point dia saya nak cakap ‘mat rempit’ pun ada masa depan okay!

“Dulu aku pun tak suka mat rempit, bagi aku mereka selekeh (maafkan saya).

“Tapi jodoh, yang kita tak suka itulah Allah bagi tapi bila dah kenal baru tahu mamat ni bagus, sangat sopan dan sangat sangat rajin (pernah sis uji cat rumah mak sis, tak merungut ya siap tanya lagi nak buat apa),” kongsi beliau.

Baca juga kisah pemuda ini yang berjaya memiliki kedai kopi nya sendiri walaupun hanya bermula dari rumah sebelum ini di pautan di bawah. 

Bermula Dengan Kedai Kopi Di Rumah, Pemuda Berusia 21 Tahun Ini Berjaya Buka Kafe Sendiri

‘Hulur RM500 Ambil RM50’- Jurugambar Kongsi Kisah Sayu Dua Beradik Teruja Tangkap Gambar Pra Konvokesyen