Presiden AMANAH yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, mengetuai senarai penerima gelaran sempena Hari Wilayah Persekutuan hari ini.

Beliau menerima darjah kebesaran Seri Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri daripada Yang Dipertuan Agong. Mohamad Sabu mengetuai senarai penerima gelaran sempena Hari Wilayah Persekutuan hari ini bersama enam lagi penerima darjah kebesaran itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kesemua penerima darjah kebesaran menerima darjah kebesaran Seri Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri dari Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sementara itu, Al-Sultan Abdullah dalam titah baginda, menitahkan kerajaan agar melipatgandakan usaha dalam memelihara kesejahteraan rakyat dan membangunkan Wilayah Persekutuan sebagai sebuah bandar raya unggul dan mampan.

Seri Paduka berharap bantuan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan dapat diberikan tumpuan khusus oleh kerajaan, termasuk meningkatkan peluang pekerjaan serta membantu mengurangkan kos sara hidup yang membelenggu golongan miskin bandar serta yang kurang berkemampuan.

Sumber