Nasi adalah makanan ruji rakyat Malaysia, setiap hari, setiap masa, tidak kira di mana jua. Nasi adalah makanan utama yang ada disetiap gerai-gerai atau barisan hotel mewah.

Hidangan ini mempunyai kepelbagain budaya, dari kaum Melayu, Cina atau India semuanya menikmati nasi sebagai sebuah hidangan yang wajib ada di atas meja makan.

Kebanyakan rakyat Malaysia sebenarnya tidak mempunyai masalah jika anda mahu makan nasi menggunakan tangan atau sudu dan garfu, tetapi ia akan menjadi sedikit masalah apabila nasi dimakan menggunakan pisau dan garfu. Pelikkan?

Itulah yang dilakukan oleh pemilik akaun Twitter The Royal Butler yang mengaku menjadi ahli kelab etika Britain namun dianggap sebagai tidak sensitif dengan budaya orang Asia.

Dia yang pernah bekerja sebagai pelayan untuk Putera Charles, William dan Harry menulis di laman Twitter miliknya dengan mengingatkan orang ramai agar menggunakan pisau dan garfu atau sumpit untuk makan nasi, “kami tidak menggunakan tangan atau jari kami.”

Tidak pasti adakah ciapan ini hadir dengan nada gurau atau memang dia berniat untuk mempersendakan budaya orang Asia yang menggunakan tangan untuk makan nasi.

Ciapan beliau kini menjadi medan kemarahan orang Asia yang memandang kelakukan The Royal Butler sebagai tidak beretika apabila mempersoalkan budaya orang Asia.

Ciapan ini telah mendapat 6,000 lebih ciapan balas dan lebih 1,000 tanda suka. Sejak dibahaskan semalam, rata-rata pengguna sosial media tidak terima apabila orang asing cuba mengajar tradisi yang sudah mereka lakukan sejak dahulu lagi.

Mat saleh tular jual nasi lemak RM3, habis dalam masa 2 jam. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Mat Saleh Tular Jual Nasi Lemak RM3, Habis Dalam Masa 2 Jam

Mat Saleh ‘Lenjan’ Saga Lama Dalam Hutan, Dan Ini Yang Terjadi

‘Online Dating’ Temukan Jodoh Saya Dengan ‘Mat Saleh’ Suka Belacan