Perbezaan budaya dan cara hidup mencerminkan bahawa dunia mempunyai pelbagai warna. Latar belakang mereka yang berbeza telah membuka jalan kepada sesetengah orang untuk mempelajari sesuatu yang baharu.

Seperti wanita yang bernama Kayla Harrison, yang dipercayai berasal dari Amerika Syarikat. Di dalam satu video yang tular, beliau terkejut kerana baru tahu bahawa beras perlu dibasuh sebelum dimasak.

Video yang berdurasi selama 2 minit tersebut bermula apabila Kayla Harrison dengan reaksi yang terkejut bertanya kepada penonton adakah beras sepatutnya di basuh.

Dia kemudiannya melakukan ujian bagi membuktikan apakah perbezaan di antara nasi yang berasnya telah dibasuh sebanyak empat kali dengan nasi yang berasnya yang tidak dibasuh.

Di akhir video tersebut, dia telah meminta seorang lelaki untuk mencuba kedua-dua nasi tersebut.

Hasil ujiannya mendapati bahawa lelaki terbabit memberi komen bahawa beras yang tidak dibasuh itu telah menghasilkan warna yang berbeza. Manakala beras yang dibasuh telah menghasilkan nasi dengan warna yang cantik dan mempunyai rasa yang lebih sedap.

Video yang dimuat naik oleh Kayla itu mendapat lebih 1 juta tontonan dengan kebanyakan daripada mereka terkejut bahawa dia baru tahu bahawa nasi sebenarnya perlu dibasuh.

Sebahagian netizen yang lain pula mempersoalkan tahap kebersihan Kayla kerana bagi mereka membasuh beras adalah perkara paling asas sekali sebelum memasak.

Mat saleh ini mahu orang makan nasi guna pisau dan garfu, larang guna tangan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Mat Saleh Ini Mahu Orang Makan Nasi Guna Pisau Dan Garfu, Larang Guna Tangan