Kelazatan dan keunikan rasa nasi lemak di Malaysia tidak dapat disangkal. Malah, hidangan istimewa Nasi Lemak Bunga Telang dihasilkan anak Malaysia telah mencipta nama di Ireland.

Bukan itu sahaja, YouTuber dari Greece juga sanggup terbang ke Malaysia semata-mata nasi lemak. Apa yang menjadi buah mulut netizen saat ini adalah mat saleh menjual nasi lemak RM3 habis dalam masa 2 jam sahaja di Taman Tun Dr Ismail Park (TTDI).

Dengar sahaja sudah tertanya-tanya rasa nasi lemak yang dijual oleh mat saleh tersebut, bukan? Untuk pengetahuan anda, mat saleh itu bernama Michael White dan beliau menjual nasi lemak tersebut untuk mengisi masa lapang sementara menunggu restorannya siap diubah suai.

Menerusi video temubual yang dikongsikan Masses My, beliau turut berkongsi bahan rahsia menjadikan sambal nasi lemaknya pedas dan enak. Menurutnya, jika di Amerika Syarikat pastinya beliau akan buat burger tetapi disebabkan beliau di Malaysia maka beliau membuat nasi lemak.

Difahamkan beliau mula menjual nasi lemak ini bermula jam 7 pagi dan kebiasaannya kesemua nasi lemak akan habis terjual pada jam 9 pagi. Jika anda ingin cuba nasi lemak ini, anda kena datang awal agar dapat mencubanya.

Apa kata anda baca artikel berkaitan nasi lemak yang pernah tular di The Vocket pada pautan di bawah ini. 

Kerana ‘Diserang’ Netizen Dari Malaysia, Wartawan Ini Cuba Nasi Lemak Sebenar Dan Akui Keenakannya

Netizen Mahu Nasi Lemak Jati Yang Terkenal Di Shah Alam Buat ‘Comeback’

Lihat Mat Saleh Ini Makan Nasi Lemak Paling Sedap Di Kuala Lumpur

Sumber