Melancong adalah hobi yang mahal dengan belanja tiket kapal terbang, hotel dan makanan. Namun sebahagian pelancong masa kini, mereka telah menjadikan kandungan (content) pelancongan sebagai pekerjaan tetap mereka.

Apa yang menjadi masalah adalah bilamana sebahagian pelancong ini bertandang ke negara miskin dengan jangkaan bahawa mereka mampu untuk mendapatkan pelbagai barangan dengan harga murah dan menuduh para penjual cuba untuk menipu mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Melalui video yang dimuat oleh Eastern Standard Times, isu yang dikupas adalah perangai sebahagian pelancong yang melancong ke negara miskin dan merosakkan industri pelancongan di sana dengan kandungan-kandungan yang menuduh bahawa orang di negara terbabit cuba untuk menipu pelancong.

Padahal para vlogger ini sudah menghasilkan wang yang banyak di negara yang menghadapi jurang pendapatan yang melampau dan pergolakan ekonomi yang tidak menentu.

Situasi ini telah meninggalkan kesan buruk kepada penduduk tetap negara terbabit dengan sebahagian mereka pula ditangkap kerana didakwa cuba menipu para pelancong ini.

Apa yang sepatutnya dilakukan oleh pencipta kandungan sebelum melemparkan tuduhan melulu adalah dengan memahami kehidupan di negara yang bakal mereka jejak. Tanpa kefahaman asas, apa yang dilihat oleh mereka seolah-olah adalah untuk memerangkap pelancong.

Pelancong yang bijak adalah pelancong yang memahami konteks sejarah, politik dan persekitaran destinasi. Pelancong ini juga akan menyokong perniagaan tempatan dan memahami tahap ekonomi di negara terbabit.

Tidak dinafikan bahawa wujud penipuan di beberapa negara miskin, namun tidak dinafikan juga bahawa wujud pencipta kandungan atau pelancongan yang menipu untuk kepentingan peribadi.