Perjalanan Huawei di dalam industri smartphone nampaknya semakin cerah. Bermula dengan sekadar telefon altenatif orang ramai dengan harga yang rendah, kini jenama ini berjaya menjalinkan hubungan dengan jenama mewah buatanĀ Jerman. Model pertama hasil kerjasama kedua-dua jenama ini adalah Huawei Mate 9 Porsche Design.

Memandangkan ianya ‘Porsche Design’, harga yang ‘premium’ antara yang tidak mengejutkan kami dengan harga penjualan RM6,999. Sejujurnya, kami tidak terkejut dengan harga yang ditawarkan namun semuanya berubah apabila mengetahui smartphone yang dikeluarkan 1,000 unit untuk pasaran Malaysia ini kini sudah habis dijual.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada kami ianya permulaan sebuah budaya baru di Malaysia dimana orang ramai tidak lagi skeptikal dengan smartphone keluaran China. Jika dulu smartphone keluaran China terpaksa dijual dengan harga yang lebih rendah untuk meyakinkan pembeli serta mendapatkan penjualan yang tinggi kita tidak lagi.

Tidak terhad dengan sistem operasi iOS atau Apple iPhone sahaja, berjayanya kempen ini bermakna terdapat segelintir pengguna di Malaysia yang tidak lagi kisah untuk berbelanja sehingga RM6,999 untuk mendapatkan smartphone dengan sistem operasi Android asalkan ianya premium.

Tahniah buat Huawei kerana berjaya meyakinkan pembeli dengan pengeluaran smartphone ini. Boleh dikatakan penjualan yang agak cepat berdasarkan harga penjualan yang ditawarkan. Mengikut pengiraan kasar, Huawei Malaysia bakal menerima sekitar RM7 juta selepas berjaya menjual 1,000 unit smartphone ini untuk pasaran Malaysia sahaja.

Sumber