Warner Bros. semalam membuat pengumuman rasmi bahawa filem Matrix 4 bakal ditayangkan pada 21 Mei 2021 dan lebih menarik, John Wick 4 turut akan ditayangkan pada tarikh tersebut!

Ini bermakna anda boleh menonton dua filem hebat lakonan Keanu Reeves dalam masa sehari dan peminat sudah menyebat tarikh berkenaan sebagai ‘Keanu Reeves Day’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tidak dapat dipastikan mengapa Warner Bros. memilih tarikh yang sama dengan John Wick. Seandainya mereka tidak tahu, Lionsgate Studio lebih awal sudah tempah tarikh berkenaan untuk John Wick 4.

The Matrix 4 bakal mengembalikan gandingan Keanu Reeves dan Carrie-Anne Moss untuk ulang tahun ke-20 siri tersebut dengan Lana Wachowski akan terlibat untuk filem berkenaan.

Jika tiada perubahan, Neo dan John Wick akan ‘bertarung’ di pawagam. Dalam pertarungan ini, siapa agaknya yang akan menang? Kami pasti anda tidak akan memilih kerana anda pasti akan menonton kedua-duanya.

Keanu Reeves juga turut menjadi rebutan pihak DC Comics dan Marvel yang mahu Keanu berlakon dalam mana-mana filem mereka. Pihak mana yang Keanu akan pilih agaknya nanti?

DC Comics Dan Marvel Kini Berebut Untuk Dapatkan Keanu Reeves

Keanu Reeves Bakal Kembali Sebagai Neo Untuk ‘Matrix 4’