Setelah lama menantikan perkembangan filem akan datang The Batman, pengarahnya Matt Reeves tidak mahu mengecewakan para peminat malah telah membuatkan mereka lebih teruja dengan berkongsikan video teaser pertama Robert Pattinson dalam persalinan Batman.

Beliau berkongsikan di laman Vimeo ‘Camera Test On Vimeo’ untuk berkongsikan sekilas pandang Robert Pattinson gah memakai persalinan Batman. Kita juga dapat melihat logo Batman yang unik terpampang di dada Robert dan ia sangat berbeza dengan logo Batman dalam filem sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Produksi The Batman sedang giat dijalankan dan sekiranya semua berjalan lancar, filem ini bakal ditayangkan pada 25 Jun 2021. Portfolio Mark Reeves sebagai pengarah tidak perlu dipertikaikan lagi kerana beliau berjaya mengemudi dua filem Planet Of The Apes sebelum dengan sangat baik. Jika anda sukakan karya Matt, anda pasti akan lebih teruja dengan apa yang bakal beliau bawakan dalam The Batman nanti.

Pelakon ternama lain yang akan turut terlibat dalam The Batman adalah Zoe Kravitz (Catwoman), Andy Serkis (Alfred), Paul Dano (The Riddler), John Turturro (Carmine Falcone) dan Colin Farrell (The Penguin).

Robert Pattinson sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan Batman versi beliau adalah sangat berbeza dengan Batman versi sebelum ini. Jadi, anda boleh jangkakan sisi baharu Batman untuk karya akan datang Matt Reeves ini.

Dalam perkembangan lain, peminat mahu Johnny Depp terus membawa watak lanun di Netflix menerusi siri live-action hebat One Piece. Baca lagi tentangnya di sini.

Selepas Dibuang Oleh Disney, Peminat Mahu Lihat Johnny Depp Dalam One Piece

Tonton Trailer Konsep Robert Pattinson Sebagai ‘The Batman’

Dave Bautista Setuju Jika Diberi Peranan Bane Dalam ‘Batman’