DJI pada minggu ini telah melancarkan model Mavic Pro edisi terhad iaitu ‘Alpine White’. Melalui model ini, DJI telah memberi kemasan warna putih meliputi remote control dan propeller. Kerjasama bersama Apple juga telah membuatkan model edisi terhad ini cuma boleh didapatkan di Apple Store atau Apple.com sahaja pada ketika ini.

Menariknya mengenai Mavic Pro, dron ini turut didatangkan dengan sistem kamera yang disertakan dengan gimbal. Dalam erti kata lain, pengguna mendapatkan rakaman atau gambar yang terbaik dan tidak bergegar sewaktu Mavic Pro terbang tinggi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

dji-offers-all-white-mavic-pro-drone-for-holiday-season-limited-edition-holiday-theme

dji-controller-800×486

Seperti juga DJI Mavic Pro, Mavic Pro Alpine White mampu terbang dengan kelajuan 40mph (~64.37kmph) dalam mood sukan dan mampu bertahan selama 27 minit di udara.

Khusus buat meraka rekaan yang kemas, DJI Mavic Pro Alpine White bakal mula ditawarkan di Apple Store pada harga $1,049 (~RM4,377.48). $50 lebih mahal berbanding DJI Mavic Pro edisi biasa.