Tular baru-baru ini apabila Fizo Omar yang baru sahaja menerima cahaya mata pertama menerusi perkahwinan beliau bersama Fezyra Nesry pada tahun lalu mengumumkan bakal menerima seorang lagi cahaya mata selepas disahkan mengandung selama 5 bulan.

Pengumuman yang dibuat sekaligus telah menimbulkan pelbagai respon di kalangan netizen. Terdapat netizen yang gembira dengan pengumuman yang dibuat, malah terdapat juga turut mengulas mengenai isu mengandung dalam tempoh yang rapat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sementara itu, bekas isteri Fizo Omar, Mawar Karim juga tidak terlepas menjadi buah mulut netizen apabila beliau didakwa sudah tidak lagi cantik dan bahagian seperti dulu.

Komen tersebut turut mendapat perhatian Mawar Karim yang tampil ‘sekolahkan’ netizen yang menggunakan fake account dengan memaklumkan dirinya lebih bahagia dan tenang saat ini.

Sumber: Instagram Mawar_karim

Lebih mendapat perhatian ramai, Mawar Karim turut memaklumkan duit beliau kini tidak lagi habis lesap serta dipergunakan atau ditipu pihak lain.

Perkongsian ringkas daripada Mawar Karim ini sekaligus mendapat perhatian netizen lain apabila dilihat beliau seolah mendedahkan isu yang berlaku melibatkan isu rumahtangga beliau bersama bekas suami.

Mawar Karim pada ketika ini difahamkan sedang menguruskan beberapa bisnes serta menjaga anaknya, Maryam yang kini bakal memasuki usia 6 tahun pada tahun ini.