11 tahun sebagai pengerusi syarikat Maxis, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda telah mengumumkan perletakan jawatan beliau yang bakal berkuat kuasa 22 April 2021 ini.

Posisi beliau sebagai pengerusi Maxis dilaporkan bakal digantikan oleh Tan Sri Mokhzani Mahathir manakala Raja Tan Sri Arshad pula bakal berkhidmat sebagai lembaga pengarah bukan eksekutif Maxis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
jt-11497930_-_13_03_2009
Sumber: straits Times

Menurut Harian Metro, Mokhzani kini mempengerusikan Jawatankuasa Audit dan Risiko Maxis dan juga anggota Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan serta Jawatankuasa Hal Ehwal Kerajaan dan Kawal Selia. Beliau juga akan melepaskan peranannya sebagai Pengarah Bebas Kanan dan Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Risiko.

Pengalaman luas beliau dalam bidang korporat dalam menguruskan Sapura Energy dan juga pernah dilantik sebagai pengerusi Litar Antarabangsa Sepang antara faktor yang melayakkan beliau mengemudi jawatan di syarikat telco ini.

Pada minggu lalu, Jalil Rasheed berjaya muncul sebagai individu pertama bukan keluarga dilantik sebagai CEO Kumpulan Berjaya.

Jalil Rasheed Muncul Individu Pertama Bukan Keluarga Dilantik Sebagai CEO Kumpulan Berjaya

Yakin Dengan Prestasi Semasa, Pemegang Saham Penting AirAsia Sedia Tambah Pelaburan

Sumber