Penggunaan teknologi ‘Cloud’ dilihat semakin meluas digunakan dan dapat dilihat teknologi ini sudah mula digunakan di dalam sektor perniagaan.

Baru-baru ini Maxis Berhad berhasrat untuk membantu mempercepatkan penggunaan teknologi awan ini untuk perniagaan di Malaysia dengan kerjasama daripada Amazon Web Service (AWS). AWS merupakan platform awan yang komprehensif dan penggunaannya sangat meluas di dunia.

pexels-photo
HYPE
3 Cara Pengguna unifi Boleh Dapatkan Penggunaan Wi-Fi Yang Lebih Baik
Baca lagi →

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis, Paul Mcmanus berkata, Pihaknya akan menggunakan teknologi awan melalui rangkaian mudah alih dan rangkaian 4G yang digabungkan bagi memudahkan perjalanan transformasi digital untuk perniagaan dan dapat memberi manfaat dalam meningkatkan produktiviti dan prestasi.

Sumber: Prebiu

Tambah beliau lagi, perniagaan di Malaysia akan mempunyai akses kepada teknologi awan dalam kelas terbaik serta kumpulan pakar terbesar di negara ini yang boleh membantu mereka dalam mempelajari penggunaan teknologi awan ini.

“Kami bersungguh-sungguh mahu membantu mempercepatkan penggunaan teknologi awan di Malaysia dan memperkasakan perniagaan di sini menjadi pelengkap terbaik kepada industri 4.0 dan ekonomi digital,” katanya.

Maxis bakal membina Pusat Perniagaan Maxis Cloud yang akan menawarkan kepada pelanggan dengan kakitangan yang dilatih oleh AWS bagi meningkatkan ketangkasan perniagaan dan mendorong hasil perniagaan yang lebih baik.

Terdahulu, kelajuan internet 4G Maxis dinobatkan sebagai yang terpantas di Kuala Lumpur. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut

Kelajuan Internet 4G Maxis Dinobatkan Yang Terpantas Di Kuala Lumpur

Pengguna iCloud Apple Mungkin Menghadapi Gangguan Hari Ini

Google Perkenalkan ‘Cloud AutoML’ Untuk Mudahkan Urusan Melabel Gambar

Anda Mungkin Suka