Pulau Maya Bay di Thailand yang dikenali melalui filem ‘The Beach’ lakonan Leonardo DiCaprio pula bakal ditutup sementara selama 4 bulan bermula 1 Jun ini. Kepada anda yang merancang untuk melawat ke Pulau Maya Bay, lebih baik anda cari lokasi lain sementara menunggu pembukaan semula pulau ini.

Menurut kenyataan pengarah Taman Negara Mu Kho Phi Phi, Maya Bay akan ditutup untuk usaha membaik pulih dan memulihara terumbu karang yang rosak dan hampir musnah akibat aktiviti pelancongan yang dijalankan di pulau itu. Tambahnya pula semua jenis aktiviti pelancongan akan dihentikan bermula Jun nanti dan hanya akan dibuka untuk tujuan kajian ilmiah. Pelancong hanya akan dibenarkan untuk mengambil gambar dari luar kawasan pantai.

DSC09619-630×420
HYPE
Miliki ‘HUAWEI nova 5T’ Smartphone Paling Bergaya 2019 Esok
Baca lagi →

Hanya 2000 orang pelancong sehari akan dibenarkan untuk memasuki Maya Bay selepas pembukaan semula pulau itu nanti. Tambah beliau lagi semua langkah ini diambil untuk memastikan ekosistem di pulau tersebut terus terpelihara.

Anda Mungkin Suka