Umum mengetahui mengenai penutupan Maya Bay, Thailand akibat perubahan drastik ekosistem yang diakibatkan oleh aktiviti pelancongan dan akan dibuka semula dalam waktu terdekat.

Namun pengumuman terbaharu dari pihak pengurusan Maya Bay memberitahu bahawa pusat pelancongan itu akan terus ditutup sehingga keadaan ekosistem kembali seperti sedia kala. Langkah drastik ini terpaksa diambil oleh pihak pengurusan berikutan dengan kerosakan serius dalam ekosistem.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tiada tarikh yang ditetapkan untuk pembukaan semula Maya Bay kerana pihak pengurusan menjangkakan bahawa mereka memerlukan masa yang agak panjang untuk merawat dan menanam semula batu karang dan hutan baharu. Difahamkan hampir 1,000 batu karang baharu ditanam di situ sepanjang tempoh rawatan semula pusat pelancongan terkenal itu.