Maya Karin meluahkan rasa terujanya membintangi sebuah filem Hollywood berjudul ‘Alone’ dibawah arahan Johnny Martin. Maya meluahkan rasa semangatnya untuk menimba pengalaman dan ilmu baharu bekerjasama dengan tenaga luar menerusi satu babak penting dalam filem tersebut.

Dalam filem ini, Maya akan memegang watak seorang saintis dari Malaysia bernama Dr. Zulaikha.

Lebih membanggakan lagi, beliau dipilih sendiri oleh eksekutif Hollywood Innovation Group tanpa perlu menghadiri sesi temuduga.

Beliau percaya kemunculan kecil ini merupakan langkah pertama dirinya untuk melebarkan sayap di persada antarabangsa, lebih-lebih lagi beliau menemui ramai pengarah sepanjang minggu ini. Turut membintangi filem tersebut ialah Donald Sutherland dan Tyler Posey.

Maya percaya penglibatan dirinya di Los Angeles kini membuka peluang bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga memperkenalkan Malaysia sebagai hab perlancongan di mata dunia.

Menurut pengarah sendiri, beliau melihat potensi Maya untuk berjaya melakar nama di sana berdasarkan kesungguhannya walaupun menerima skrip hanya dua hari sebelum penggambaran bermula.

Sumber