Seorang lelaki yang bernama Siresh Kumar disahkan mati oleh doktor selepas dia terlibat dengan kemalangan akibat daripada dilanggar oleh sebuah motosikal di Moradabad, India. Namun apa yang mengejutkan adalah selepas menghabiskan sekurang-kurangnya tujuh jam di dalam peti sejuk bilik mayat, Kumar didapati masih hidup.

Kata ketua pegawai perubatan, Dr. Shiv Singh, pihak perubatan kecemasan sudah memeriksa Kumar beberapa kali dan mengesahkan bahawa dia sudah tidak bernyawa selepas tiada degupan jantung. Pada jam 4.30 pagi, mayat Kumar dipindahkan ke bilik mayat dan disimpan di dalam peti sejuk untuk tempoh sekurang-kurangnya tujuh jam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Time of India

Keesokan harinya, ahli keluarga Kumar tiba di bilik mayat bersama polis dengan tujuan untuk mengenal pasti mayat dan menandatangani beberapa dokumen bagi persetujuan bedah siasat. Kakak ipar Kumar, Madhubala Gautam, bersama empat ahli keluarga, masuk ke bilik mayat dengan rasa sayu. Tetapi apabila Gautaum menyentuh Kumar, dia terkejut kerana terdapat tanda-tanda bahawa adik iparnya masih hidup.

Sebuah video yang dikongsi di media sosial menunjukkan Kumar sedang diperiksa oleh doktor dan dibawa dari bilik mayat menggunakan pengusung. Kumar kini koma dan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di bandar Meerut.

“Srikesh Kumar mendapat sokongan ventilator dan keadaannya masih kritikal kerana terdapat darah beku di otak. Doktor kini meneliti keadaannya dan mahu memastikan dia selamat daripada sebarang jangkitan luar,” lapor Times of India.

Bagi kakitangan perubatan yang menyambut Kumar sejurus selepas kemalangan menyebut bahawa kejadian itu adalah satu ‘keajaiban’. Namun bagi keluarga Kumar, mereka berang dengan sikap cuai pihak hospital sambil menambah bahawa Kumar boleh mati jika dibiarkan lama di dalam peti sejuk. Keluarga Kumar kini sudahpun menfailkan aduan kecuaian dan pihak hospital bakal disiasat terhadap dakwaan tersebut.

Mayat mangsa COVID-19 di India mula membusuk, terbiar di tepi sungai. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Mayat Mangsa COVID-19 Di India Mula Membusuk, Terbiar Di Tepi Sungai

Bagaimana Perbalahan Antara Muslim Dan Hindu Boleh Tercetus Di India Ketika Ini?

Saintis Dakwa Cara Hidup Yang Kotor Buat Rakyat India Kebal Daripada COVID-19