Beberapa portal media arus perdana hari ini melaporkan penemuan mayat seorang lelaki berusia 30-an dipercayai dibunuh dengan kesan kelar di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur pada pagi tadi.

Menurut laporan Harian Metro, laporan mengenai kejadian berkenaan diterima pihak polis pada jam 5.38 pagi tadi sebelum DBKL memaklumkan penutupan jalan yang menjadi lokasi kejadian itu pada jam 7.20 pagi tadi.

BeFunky-collage (93)
HYPE
Tahan Lebih Daripada 3 Tahun, Huawei MateBook 14 Ini Akan Mengubah Hidup Anda
Baca lagi →

Setibanya polis di lokasi kejadian, mangsa bagaimanapun didapati sudah meninggal dunia dan difahamkan ditemui dalam keadaan mengerikan dengan kesan kelar di leher dan tanpa sebarang pengenalan diri.

Siasatan susulan oleh pasukan forensik kemudiannya menurut Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd [email protected] pula menemui kesan kecederaan di beberapa bahagian badan mangsa.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian kini sedang dijalankan, polis juga sedang mengesan keluarga atau waris mangsa.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung mangsa boleh menyalurkan kepada polis,” katanya kepada seperti dipetik Harian Metro.

Mayat mangsa kini dilaporkan telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat dan kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca juga perkembangan semasa dalam negara yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Bekalan Petrol Dilaporkan Bercampur Air, 20 Kenderaan Tersadai Selepas Isi Minyak

Lori Kurier Dipercayai Hantar Barangan Promosi 11.11 Hangus Terbakar

Daripada RM18 Ke RM27 Dalam Masa Seminggu, Peningkatan Mendadak Harga Bawang Buat Netizen Terkejut

Anda Mungkin Suka