Kerajaan India telah mengeluarkan arahan melarang rakyat India daripada membuang mayat mangsa COVID-19 di Sungai Gangga yang dianggap suci. Sementara itu, penduduk kampung didesak oleh pihak berkuasa agar mencari cara lain untuk menguburkan mayat keluarga mereka yang meninggal dunia akibat kesan COVID-19 yang menggila di sana.

Perkara ini terjadi disebabkan sebahagian hospital swasta di India kini telah mengenakan bayaran yang tinggi kepada ahli keluarga mangsa COVID-19 jika mereka mahu menuntut mayat waris mereka yang meninggal di hospital terbabit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tambahan daripada itu, akibat daripada kekurangan kayu untuk pembakaran mayat serta kenaikan kos pengebumian. Rakyat India mengambil jalan pantas dengan membuang mayat ahli keluarga mereka yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di sungai.

Difahamkan kini puluhan mayat ditemui di pinggir sungai Gangga telah membusuk. Puluhan mayat dibiarkan terdampar dalam situasi mendesak yang melanda India akibat daripada serangan gelombang kedua wabak COVID-19 di sana.

Pihak polis juga difahamkan telah diberi arahan agar mengawal penduduk di India agar tidak membuang mayat ahli keluarga mereka di sungai. Pihak berkuasa di sana menggunakan pembesar suara untuk memohon penduduk kampung agar tidak lagi menguburkan mayat ahli keluarga mereka dengan cara begitu.

Kini sebahagian besar negeri di India berada dalam perintah kawalan pergerakan dan bagi mereka yang melanggar aturan ini akan dipukul oleh pihak berkuasa. Perintah ini hadir bagi menyekat pergerakan rakyat India dengan tujuan untuk membendung wabak COVID-19 di sana.

Perintah kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan di India melarang rakyat mereka untuk keluar dari tengah hari sehingga jam 5 pagi. Perubahan ini bermaksud penduduk India hanya dibenarkan keluar selama tujuh jam.

Kos kebumi mangsa COVID-19 mahal, keluarga di India pilih buang mayat di sungai. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kos Kebumi Mangsa COVID-19 Mahal, Keluarga Di India Pilih Buang Mayat Di Sungai

Sumber