Caj tambahan akan dikenakan kepada pelanggan yang membuat pembayaran secara tunai di kaunter atau Smart Recycle Machine (SRM) dan Cheque Deposit Machine (CDM) bermula 1 Oktober ini.

Namun beberapa kategori pelanggan akan dikecualikan daripada caj tambahan ini seperti warga emas, orang kelainan upaya dan pelanggan yang tidak mempunyai akses akaun simpanan dan semasa Maybank.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
maybank-1-1200×800
Sumber: Retail News Asia

Caj akan dikenakan berbeza mengikut jenis transaksi iaitu transaksi di kaunter sebanyak RM2.00 manakala transaksi melalui SRM dan CDM masing-masing sebanyak RM0.50 sahaja. Walaubagaimana pun, transaksi melalui Automated Teller Machines (ATM) tidak akan dikenakan sebarang caj tambahan.

Pengguna Maybank juga digalakkan untuk menjalankan transaksi melalui online banking Maybank2u untuk memudahkan urusan, menjimatkan masa sekaligus mengelakkan caj tambahan dikenakan untuk semua jenis pembayaran balik pinjaman.

Sumber