Tahun lepas Public Bank dahului Maybank sebagai bank terbesar dengan permodalan pasaran sebanyak RM76.7 bilion. Tahun ini berlaku pencapaian luar biasa Maybank apabila permodalan pasaran yang bergantung kepada turun naik harga saham telah mencecah paras RM100 bilion.

Ia turut mengatasi Tenaga Nasional Berhad yang pernah menjadi syarikat terbesar di dalam Bursa Saham Malaysia pada tahun lepas dengan permodalan pasaran sebanyak RM81.4 bilion.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nilai RM100 bilion menjadikan Maybank syarikat terbesar disenaraikan di Bursa Malaysia dan juga syarikat pertama Malaysia di bursa saham yang berjaya capai angka tersebut. Selain itu, Maybank Islamic turut menjadi bank islamik ke-5 terbesar di dunia.

Ia diperolehi setelah didarabkan jumlah saham syarikat Maybank sebanyak 10.52 bilion dengan harga semasa dari saham tersebut (didagangkan pada paras RM9.50) dan selepas penyenaraian tambahan 243.6 juta saham yang diterbitkan, berikutan Rancangan Pelaburan Semula Dividen baru-baru ini.

Peningkatan ini juga berhubungkait dengan kemasukan pelaburan asing sejak ringgit mencecah paras tertinggi baru-baru ini dan juga KLCI mencecah paras tinggi. Ini menunjukkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia dan asas-asas Maybank.

Kalau ada orang nak beli seluruh syarikat Maybank, dia perlu bayar RM100.5 bilion hari ini. Anda juga perlu tahu, separuh daripada saham Maybank itu milik PNB dan 13 juta rakyat Malaysia yang menjadi pemegang unitnya, menurut Tan Sri Abdul Wahid Omar.