Sebut tentang Malayan Banking Bhd atau lebih dikenali dengan nama Maybank kami yakin rakyat Malaysia cukup kenal dengan bank terkemuka ini. Berjaya menjadi antara bank dengan pelanggan teramai Malaysia serta tersenerai sebagai bank dengan aset keempat tertinggi Asia Tenggara secara tidak langsung berjaya menunjukkan kecemerlangan bank ini.

Berdasarkan laporan terbaru, Maybank didapati berjaya memperoleh peningkatan keuntungan sebanyak 12% pada tahun 2017 berbanding tahun sebelumnya. Lebih menarik, keuntungan sebanyak RM7.8 bilion yang diterima pada tahun ini merupakan keuntungan tertinggi sepanjang sejarah penubuhan.

Sumber: TheCoverage

Menyoal dari segi masa depan Maybank, bank ini berharap untuk memberikan yang terbaik buat para pengguna dalam memberikan servis melibatkan pengurusan harta, pembayaran digital serta pembiayaan islam.

Hasrat terbaru Maybank dalam menghadapi era transformasi digital ini adalah sentiasa bersedia perubahan yang bakal sempena teknologi industri 4.0.

AbdulFaridAlias
CEO Maybank, Datuk Abdul Farid Alias

Tahniah kami ucapkan buat seluruh staf Maybank serta CEO Maybank, Datuk Abdul Farid Alias atas kejayaan dalam mengutip keuntungan tertinggi ini. Semoga lebih banyak kejayaan serta fasiliti yang berjaya ditawarkan Maybank khusus buat para pengguna.