Tahniah diucapkan buat Maybank kerana buat pertama kalinya syarikat ini berjaya tersenarai sebanyak 500 syarikat kewangan paling bernilai di dunia. Syarikat perbankan ini berjaya memperoleh kedudukan ke-494 dalam industri kewangan.

Berdasarkan laporan, syarikat Maybank dinilai dengan nilai $4.2 bilion (RM17.17 bilion) berbanding $3.16 bilion (RM12.92 bilion) pada tahun lalu.

GEC-Datuk-Abdul-Farid-Alias
Datuk-Abdul-Farid-Alias, CEO Maybank

Mengulas mengenai kejayaan yang diperoleh Maybank, CEO Maybank, Datuk Abdul Farid Alias mengesahkan hubungan baik bersama pemegang saham serta penawaran servis terbaik antara yang menjadi keutamaan syarikat ini.

Kejayaan ini turut berjaya menunjukkan bagaimana bank di Malaysia meletakkan standard yang lebih tinggi diperingkat dunia. Khas buat kakitangan Maybank, syarikat perbankan ini turut menawarkan peningkatan gaji sebanyak 10% bermula tahun ini.

Lima jenama paling bernilai di dunia terdiri daripada Amazon, Apple, Google, Microsoft dan Samsung. Selain itu, Petronas turut berjaya tersenarai sebagai syarikat paling bernilai dalam industri petroleum dengan kedudukan ke-127.