Sebuah perlantikan jawatan baru telah diumumkan Maybank pada hari ini apabila Datuk John Chong Eng Chuan bakal menggalas tugas terbaru sebagai CEO kumpulan terbaru menggantikan Datuk Lim Hong Tat yang bakal bersara 18 Julai ini.

Difahamkan Datuk John Chong Eng Chuan mula menjadi pegawai dibawah Maybank Group sejak 1993. Selepas 9 tahun berkhidmat sebagai pegawai, beliau telah dilantik menerajui Debt Capital Markets (DCM) Maybank Group sekaligus berjaya membawa Maybank Group memperoleh tempat pertama menerusi prestasi syarikat di peringkat kebangsaan dan Asia Tenggara.

21141830-lia_cover_1920x1200
HYPE
5 Sebab Kenapa Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi Kini Jadi Tumpuan Kaki ‘Shopping’!
Baca lagi →
l-r-john-chong-ceo-of-maybank-kim-eng-group-datuk-farid-alias-pceo-of-maybank-group-and-feisal-zahir-maybanks-head-of

Datuk John Chong bersama Datuk Abdul Farid Alias dan Faisal Zahir

Beliau kemudiannya telah dipindahkan sebagai pengarah urusan Maybank Group pada tahun 2010 dan ditanggungjawabkan meningkatkan peluang bisnes bersama pelanggan dari negara luar sebelum dilantik sebagai CEO kumpulan terbaru.

Dibawah pengurusannya, Maybank IB turut dipilih sebagai bank pelaburan terbaik Malaysia sepanjang tiga tahun berturut-turut bermula 2015 sehingga 2017.

maybank

Dijangkakan dengan pelantikan graduan University of Queensland ini Maybank mampu memperoleh lebih banyak kejayaan lagi sekaligus meningkatkan keuntungan tahunan secara konsisten.

Anda Mungkin Suka