Sejak akhir-akhir ini model-model keluaran Mazda semakin mendapat tempat dikalangan pengguna di Malaysia. Penawaran model compact SUV dengan teknologi terbaru Mazda antara yang membuatkan jenama ini semakin meningkat naik.

Terbaru, Mazda Malaysia dibawah kendalian Bermaz bakal menawarkan generasi keempat Mazda 3 yang tampil dengan rekaan yang lebih memukau bersama teknologi SkyActiv-G.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan Bermaz bakal menawarkan model sedan dan hatchback buat Mazda 3. Mengulas dari segi enjin, dua variasi model ini bakal ditawarkan dengan enjin 1.5 liter dengan 114 kuasa kuda dan 150 Nm. Buat mereka yang mahukan lebih kuasa, anda boleh dapatkan varian enjin 2.0 liter dengan 162 kuasa kuda dan 210 Nm tork.

2019-mazda3 (2)
Sumber: motor1
2019-mazda3-debuts-a-26
Sumber: Top Speed 
Screen Shot 2019-06-16 at 2.40.31 AM
Sumber: jpimedia
2019-mazda3-european-specs-116-hp-18l-diesel-181-hp-skyactiv-x-130946_1
Sumber: autoevolution

Menurut Paul Tan, model terbaru Mazda ini bakal dijangkakan bakal ditawarkan pada harga sekitar RM137,000. Berdasarkan teknologi dan harga yang ditawarkan model ini dilihat sebagai pencabar Honda Civic. Agak menarik untuk menyaksikan sambutan model ini apabila ditawarkan kelak.

Sumber