Setelah lama dinantikan peminat automotif tanah air, akhirnya Mazda 3 generasi terbaru telah dilancarkan di Malaysia dengan tiga variasi berbeza menampilkan rekaan sedan dan hatchback.

Model yang ditawarkan pada kali ini merupakan model CBU iaitu dimana ianya merupakan model import sepenuhnya daripada Jepun. Kehadiran model ini sekaligus bakal memberi saingan kepada beberapa model lain terdiri daripada Toyota Corolla Altis dan Honda Civic.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
2020-Mazda-3-SkyActiv-X-1
Sumber: Drivers Magazine
2019-mazda-3-sport-gt-soul-red-12032018
Sumber: centennialautogroup

Dari segi rekaan, Mazda memfokuskan kepada rekaan yang dinamakan sebagai ‘Kodo – Soul of Motion’ yang mempamerkan rekaan estetik model ini. Penawaran warna merah yang ikonik buat Mazda ini sekaligus menaikkan lagi seri model kereta ini.

Dari segi variasi, Mazda menawarkan tiga variasi berbeza terdiri daripada 1.5 Sedan, 2.0 High Sedan dan 2.0 High Plus Sedan dimana masing-masing ditawarkan dengan harga RM139,620, RM150,059 dan RM160,059. Selain itu, pihak Bermaz turut menawarkan waranti selama lima tahun atau 100,000 km yang pertama bersama tinted daripada SkyTint.

2020-Mazda-3-SkyActiv-X-1

Screen Shot 2019-07-19 at 8.06.57 AM

Berdasarkan rekaannya sudah terang lagi bersuluh Mazda berjaya mengalahkan beberapa pencabar terdiri mereka melalui segmen yang sama. Walau bagaimanapun harganya yang sedikit tinggi mungkin menjadi halangan buat orang ramai mendapatkan model ini.