Sebut mengenai enjin ‘rotary’ pasti peminat automotif cukup mengenalinya. Enjin yang dipopularkan oleh Mazda kerap menjadi sebutan sewaktu model RX-7 dan RX-8 menjadi buruan.

Pada kali ini, bersempena dengan teknologi Skyactiv, Mazda nampaknya bakal mengembalikan enjin ini sekali lagi melui model enjin Skyactiv-R. Projek Mazda ini dilihat semakin dekat setelah sebuah RX-8 dilihat mula kembali ke litar Nurburgring dimana ramai yang menjangkakan ianya untuk percubaan enjin yang baru.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Caradvice

Sesuatu yang unik pada model ini sudah pastinya bagaimana teknologi Mazda berjaya memampatkan sebuah enjin dengan cc yang kecil bersama kuasa kuda yang tinggi.

Sekiranya semuanya berjalan dengan lancar, tidak mustahil Masda akan melancarkan model kereta terbaru dengan enjin rotary. Sebelum ini Mazda melalui model konsep mereka telah memperkenalkan Mazda RX-Vision dimana ramai mengharapnya untuk menjadi model kereta rotary terbaru.