Penantian peminat franchise Maze Runner hampir dua tahun untuk karya terakhir ini pastinya tidak sabar untuk mengetahui apa kesudahan perjuangan Thomas dan rakan-rakannya dalam menentang WCKD.

Thomas buat kali yang terakhir ingin menembusi Last City, kubu kuat organisasi WCKD untuk menyelamatkan Minho, rakan mereka yang diambil oleh WCKD. Last City adalah terakhir dengan sistem sekuriti yang hebat dan Thomas memerlukan segala pertolongan yang ada untuk menembusi kota ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selepas beberapa bulan kubu kuat mereka diserang, Newt dan Thomas tanpa menyerah kalah terus rakan mereka Minho yang diambil WCKD. Minho merupakan aset paling bernilai kepada WCKD kerana Minho dapat mengekstrak penawar untuk virus Flare yang menghantui mereka selama ini. Thomas bukan sahaja mahu menyelamatkan Minho, tetapi juga Teresa kekasih hatinya.

Jadi bagaimana filem terakhir Maze Runner ini? Filem ini tidak memerlukan character development kerana anda sudah pun mengenali setiap watak yang ada dalam filem ini berdasarkan dua filem yang lalu. Jika anda terlepas salah satu filem dari franchise ini, mungkin anda akan sedikit sukar untuk relate beberapa watak yang ada dalam filem ini.

Maze-Runner-The-Death-Cure-Trailer-Preview

Paling menarik adalah ada seorang watak dari filem yang pertama akan membuat kemunculan kembali dan membantu Newt dan Thomas untuk memasuki Last City. Semua orang jangkakan beliau ini sudah mati tetapi tidak sebenarnya. Siapa dia? Itu anda kena tonton sendiri. Ianya sangat unexpected dan saya sendiri pun teruja dengan kembalinya watak ini.

watak Lawrence, ketua pemberontak yang membantu Newt dan Thomas memasuki Last City sebenarnya boleh dikembangkan lagi. Asal usul dan kenapa beliau berwajah sebegitu tidak diceritakan pun dalam filem ini.

Perjalanan keseluruhan filem ini mungkin sedikit perlahan dan agak ‘berehat’ untuk sampai ke adegan aksi yang action packed. Bagi saya, ianya lebih banyak drama berbanding aksi untuk filem terakhir Maze Runner ini.

Maze Runner: The Death Cure adalah penutup untuk satu franchise yang awesome dan tidak seperti filem tipikal Hollywood yang lain, dalam filem ini akan ada hero yang terkorban. Siapa yang terkorban anda kena tonton sendiri dan disebabkan itu saya kata filem ini sangat beremosi. Boleh berkaca mata anda dibuatnya nanti.

Namun, bagi saya, filem ini ada kurang sedikit umpphnya. Jujur saya expect more untuk filem terakhir ini dan disebabkan itu, saya beri rating 8/10 untuk filem ini. Maze Runner akan berada di pawagam bermula esok dan cepat dapatkan tiket di pawagam berdekatan anda.