Mazzanti adalah pengeluar kereta sport di Itali di mana mereka cuma menghasilkan kereta sport dalam kuantiti yang kecil. Model terbaru syarikat ini, Evantra Millecavalli akan menjadi supercar paling pantas di Itali.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Kereta ini akan dikuasakan enjin 7.2L biturbo V8 yang memberi 1000 kuasa kuda. Gila hebat enjin kereta ini. Dikatakan kereta ini mampu memecut dari 0 hingga 100km dalam masa 2.7 saat sahaja. Top speed kereta ini pula? 402km/j dan menjadikan kereta ini adalah supercar paling laju di Itali mengalahkan Ferrari LaFerrari dari segi kuasa kuda dan pecutan. Top speed untuk Bugatti Veyron adalah 408.8km/j sebagai perbandingan.

Model ini adalah model prototype buat masa ini dan ianya dipamerkan di Turin Auto Show baru-baru ini. Syarikat itu merancang untuk mengeluarkan 25 unit kereta ini dengan hanya 5 unit akan disiapkan setiap tahun. 3 unit sudah terjual setakat ini walaupun model ini masih belum masuk fasa pemasangan. Power.

Mazzanti-Evantra-Millecavalli-2

Mazzanti-Evantra-Millecavalli-3

Mazzanti-Evantra-Millecavalli-4

Mazzanti-Evantra-Millecavalli-5

Video di bawah ini adalah model Evantra, model sebelum Evantra Millecavalli. Seksi betul bunyi kereta ini. Patutlah ada yang dah membeli model terbaru oleh Mazzanti ini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group