Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

MBagi merasai sendiri pengalaman menggunakan perkhidmatan awam yang menghubungkan Malaysia dan Singapura, Menteri Besar (MB) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sanggup menyamar sebagai orang awam dan melihat sendiri proses perjalanan di antara dua negara. Beliau yang baharu sahaja dilantik sebagai menteri besar pada tahun ini menggunakan bas awam untuk memasuki Singapura.

“Hari ini saya berada di JB Sentral, nak pergi ke Singapura naik bas, dan kembali semula (ke Johor Bahru) naik bas. Saya nak tengok sendiri keadaan dan servis di sini. Apa yang perlu dibuat penambahbaikan daripada segi perkhidmatan di sini, Insya-ALLAH,” katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik di Facebook rasminya di sini.

Beliau memulakan perjalanan dari Terminal Bas JB Sentral serta menggunakan kaedah pengembara di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (QIC) Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor). Pengangkutan awam yang menghubungkan dua negara kini berfungsi seperti biasa setelah kedua-dua negara membuka sempadan.

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →

Menurut laporan media tempatan, ini sebenarnya bukanlah kali pertama beliau mengambil pendekatan yang berbeza sepanjang mendekati isu rakyat. Terdahulu, beliau pernah memandu sendirian di sekitar Bandar Raya Johor Bahru untuk melihat proses pembangunan yang dilaksanakan selain meninjau isu semasa berkaitan rakyat.

Kini bergelar ‘Dato’, Perdana Menteri Singapura dan isteri terima darjah kebesaran tertinggi Johor. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Kini Bergelar ‘Dato’, Perdana Menteri Singapura Dan Isteri Terima Darjah Kebesaran Tertinggi Johor

Johor Terima Peruntukan RM150 Juta Untuk Tingkatkan Kualiti Pengangkutan Awam

Ukir Lambang Diraja Johor Pada Cincin, Wak Doyok Mohon Ampun Kepada Tunku Idris