Sebaik sahaja selesai istiadat Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Exco kerajaan negeri memulangkan kembali kereta rasmi kepada kerajaan negeri.

Menurut tweet salah seorang wartawan di laman sosial Twitter, MB Azmin akan pulang ke rumah menggunakan perkhidmatan Grab selepas memulangkan kenderaan rasmi tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Satu kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Faccebook beliau mengenai penyerahan kenderaan rasmi ini rata-rata telah menerima pujian dari netizen. Para netizen memuji sifat beliau sebagai telus dan berintegriti. Status tersebut menerima lebih 8,000 likes, hampir 7,000 share dan lebih 400 komen.