Isu panas yang berlegar di sekitar dada Kuala Lumpur di antara pengasas rangkain Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid dan PBT telah memuncak kepada satu perkembangan baharu di mana penangkapan tiga orang kakitangan MBSA oleh pihak polis.

Dia yang lebih dikenali sebagai Asri Janggut telah bertindak membongkar aktiviti ‘pilih kasih’ daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan juga polis. Tindakan ini telah berjaya mencuri tumpuan golongan atasan apabila dia dijemput untuk bertemu dua mata bersama dengan Ketua Polis Negara dan Menteri Kementerian Dalam Negeri.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

"Tindakan Balas Dendam MBSA kepada semua peniaga jalanan Sg.Buloh???"Kami Peniaga Sungai Buloh menyokong tindakan Abg…

Posted by Plonxbox on Monday, 10 August 2020

Walaupun dia dianggap hero dalam cerita ini, tetapi tindakan Asri Janggut itu kurang disenangi oleh beberapa peniaga lain. Sejak kes ini tular, pihak MBSA dan Polis telah bertindak lebih tegas dan mengenakan tindakan undang-undang di kawasan tersebut.

Paling terkesan adalah kelompok peniaga yang sudah lama mencari rezeki di kawasan terbabit. Dilaporkan bahawa notis perobohan semua struktur yang tidak mendapat kelulusan MBSA akan di lakukan di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh.

Dalam satu hantaran yang dibuat oleh Plonbox, beliau berkongsi keluhan berserta dengan gambar yang menunjukkan bahawa pihak MBSA telah bertindak lebih tegas terhadap kelompok peniaga di Sungai Buloh.

Mereka pun nak robohkan semua ni sampai petang tak siap-siap lagi? Logik ker 24 jam untuk kami buat semua ni?sedangkan…

Posted by Plonxbox on Wednesday, 12 August 2020

Dia selaku antara suara peniaga di Sungai Buloh turut memohon kepada MBSA untuk bertindak lebih adil dengan memberi peluang kepada mereka untuk terus berniaga dengan syarat, mereka akan patuhi setiap syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak MBSA.

Namun, di dalam hantaran terbaharunya, MBSA seperti tidak mengendahkan rayuan tersebut apabila mereka bertindak merobohkan beberapa premis yang gagal untuk mendapat kelulusan dari pihak MBSA.

Terdahulu, pemilik Hot Burger Malaysia telah memuat naik satu video yang menunjukkan sikap ‘pilih kasih’ PBT dan polis terhadap jenis perniagaan yang dibenarkan untuk berniaga di kawasan Sungai Buloh.

Ia berikutan insiden salah satu cawangan Hot Burger Malaysia yang diarah tutup sedangkan kedai mesin judi haram masih dibenarkan beroperasi dan tidak diambil tindakan oleh pihak PBT dan polis.

Berikut adalah cerita lain berkenaan Asri Janggut, klik pautan di bawah untuk membaca.

KPD Sungai Buloh Jawab Pendedahan ‘Berani Mati’ Pemilik Hot Burger Malaysia

‘Saya Yang Buat Report Saya Pula Diancam’ – Asri Janggut Cerita Keadaannya Ketika Ini

Anda Mungkin Suka