Anda tidak akan menyangka gambar-gambar ini adalah sebuah outlet McDonalds yang dibuka sempena ulang tahun ke-40 McDonalds di daerah Admiralty di Hong Kong. Ia bukan seperti premis makanan segera tetapi restoran “food bar” yang menyediakan platform kepada pelanggan untuk mencipta rasa sendiri.

Ini adalah konsep terbaru McDonalds untuk masa depan. Langkah ini akan mengubah gaya bisnes makanan segera di mana ia selalu dikaitkan dengan “junk food”. Dengan membenarkan pelanggan menyesuai-padankan pilihan salad dan sandwich mereka, McDonalds akan dikaitkan dengan elemen kesihatan dan kesegaran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lihat bagaimana rekabentuk moden dan urban ditampilkan di kedai McDonald’s Next:

Imej: Ross Honeysett
Imej: Ross Honeysett
Imej: Ross Honeysett
Imej: Ross Honeysett
Imej: Ross Honeysett
Imej: Ross Honeysett
Imej: Ross Honeysett
Imej: Ross Honeysett
Imej: Ross Honeysett
Imej: Ross Honeysett
Imej: Ross Honeysett
Imej: Ross Honeysett

Kebiasaannya, premis makanan segera menyediakan kerusi yang berlapikkan besi atau span nipis yang tidak empuk dan meja kecil yang tidak selesa. Malah, suasana dipenuhi dengan muzik yang rancak kerana ia akan mempengaruhi kelajuan orang menghabiskan makanan mereka. Ia adalah satu permainan psikologi di dalam perniagaan sebegini. Apabila cepat pelanggan habis makan, maka mereka akan beredar dan tempat duduk itu boleh pula diduduki oleh pelanggan yang seterusnya.

Melihat keselesaan McDonald’s Next seperti sebuah kafe berbanding premis makanan segera, ia telah mengubah konsep bisnes makanan segera yang memerlukan pelanggan makan dengan cepat agar dapat menempatkan lebih ramai pelanggan di kerusi yang sama dalam satu tempoh yang singkat. Dengan suasana sebegini, saya percaya McDonald’s Next akan menjadi pilihan kepada golongan muda untuk bersantai dan bersosial di ruangan sebegini dengan keluarga dan rakan-rakan.

Tambahan pula, McDonald’s Next menyediakan kemudahan untuk pelanggan yang selalu bergerak ke sana sini bagi urusan harian seperti plug dan charger port selain kelajuan wireless internet.

Hong Kong Navi
Hong Kong Navi
Brand Channel
Brand Channel

McDonald’s Next ini juga menyediakan pesanan digital “Create Your Taste” seperti di Australia, New Zealand, Kanada dan Amerika Syarikat. Kemudahan ini menawarkan satu tahap baru di dalam pesanan dan memberikan satu pengalaman baru untuk jenama McDonalds.

Review “Create Your Taste” oleh YouTube vlogger Casey Neistat:

Tagline: “What’s Next is Now” and “Your creation. Made by us. Worth the wait”

Brand Channel
Brand Channel
Hong Kong Navi
Hong Kong Navi

Pelanggan akan mempunyai persepsi “makanan sihat” apabila melihat bahan-bahan makanan ini kelihatan segar dan menyihatkan:

Hong Kong Navi
Hong Kong Navi
Hong Kong Navi
Hong Kong Navi
Hong Kong Navi
Hong Kong Navi
Brand Channel
Brand Channel
Brand Channel
Brand Channel

Kalau anda tidak makan McDonald, sekurang-kurangnya ambil tahu dan belajar apakah yang telah McDonald lakukan untuk terus kekal dan berdaya saing di dalam industri makanan.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram