Bagi anda yang mengemari donut, kini McDonald’s tampil dengan menu sarapan pagi yang agak ‘familiar’ dengan cita rasa orang Malaysia yang selalu nikmati donut untuk minum petang. McDonald’s akan tampil dengan menu donut sticks yang pastinya kelihatan berbeza dari donut yang sedia ada dari segi bentuk.

Menariknya donut tersebut memiliki bentuk seperti cakoi. Menjadi keistimewaan donut ini kerana diselaputi dengan gula kayu manis yang akan memberikan rasa yang lebih memukau pada setiap gigitan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

donut 2

Donut Sticks ini akan tersedia di beberapa lokasi terpilih McDonald’s Amerika Syarikat bermula 20 Februari ini dan dalam satu tempoh masa yang terhad. Adakah mungkin McDonald’s Malaysia akan membawa menu ini juga ke pasaran Malaysia?