Annyeong-haseyo! Sedang kami jalan-jalan sebentar tadi, kami lalu depan McDonalds dan rupa-rupanya McDonalds ada menu baru Spicy Korean Burger. Benda pertama yang menarik perhatian adalah roti burger yang digunakan untuk burger ini berwarna hitam dan keduanya pastilah sebab ada perkataan pedas.

Sebab dua faktor ini kami pun pilih untuk cuba menu terbaru ini. Apa yang menariknya tentang burger ini? Katanya patty daging burger ini ada perisa kimchi, sayuran, grilled onions, keju dan paling penting spicy korean sauce. Kalau beli set, akan dapat juga criss cut chips dan air Frozen Fanta. Jadi macam mana rasanya?

burg 4

Burger Spicy Korean Burger ini pada saya saiznya agak besar jika dibandingkan dengan burger McDonalds yang lain. Dan betul ke pedas? Jawapannya ya, pedas jugalah. Sosnya pula melimpah ruah seperti di dalam gambar. Jadi makan burger ni tak perlu dah tambah sos. Kepedasannya pula kalau dalam skala 10, saya beri dalam skala 6-7/10. Kalau orang yang tak tahan pedas mesti akan kata burger ini pedas.

burg 1

burg 5
Selepas di’baham’

Yang menambahkan kesedapan burger ini adalah bawangnya. Jadi jangan buang bawang ketika makan burger ini. Criss cut chips ini pula rasanya lebih kepada keropok berbanding fries. Mungkin sebab hirisannya yang terlalu nipis? Saya lebih suka french fries McDonalds yang original jika diberi pilihan.

Set Spicy Korean Burger ini berharga RM15.99 (RM12.99 ala carte). Untuk harga ini, bagi kami ianya berbaloi kerana saiz burgernya yang besar. Jadi peminat K-Pop dan korean drama sekalian, serbulah McDonald’s untuk cuba menu terbaru ini. Skala pedas yang kami beri juga bergantung kepada kadar toleransi anda dengan kepedasan. Selamat mencuba!