Aplikasi TikTok yang memaparkan video pendek selama beberapa saat memuatkan pelbagai perkongsian daripada penggunanya seperti tarian dan pelbagai challenge (cabaran) yang dilakukan mereka dalam bentuk video.

Bagaimanapun, sama seperti aplikasi popular yang lain apabila ia sudah menjadi popular dan terkenal, apa-apa yang dilakukan penggunanya di dalam ruangan maya itu pastinya menjadi tumpuan netizen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seperti yang berlaku kepada video challenge yang melakukan tarian berdasarkan permintaan pengikut mereka di ruangan komen. Ideanya adalah pengikut hanya perlu meminta anda untuk melakukan tarian di mana-mana tempat yang dikehendaki dan anda perlu mengikutinya.

Video challenge itu baru-baru ini menjadi bualan netizen di media sosial selepas terdapat pengguna TikTok di Malaysia yang dilihat melakukannya di tempat makan atau lebih tepat lagi di sebuah restoran makanan segera.

@official_azlee.__

Sumpah ni challenge termalu pernah aku buat 😂🔥❗️❗️ada idea lain tak❓copylink comment guys @hkl.irfanz #hhzlycious #irfanzpechuw #alfaztvchannel

♬ Nungguin Keterlaluan Remix New 2K20 – 🄰 🄻 🄱 🅁 🄴 🅆 🦊

Tempat makan dan baju kelawar

Walaupun cabaran itu mungkin pada asalnya dibuat untuk hiburan bersama dengan pengikut dan penonton di aplikasi tersebut namun ianya tidak diterima dengan begitu baik oleh netizen.

Antara komen yang diberikan di media sosial adalah pemilihan tempat tersebut yang juga merupakan premis menjual makanan adalah tidak sesuai untuk dijadikan tempat melakukan challenge.

https://twitter.com/fareed_suffian/status/1306526091687813120?s=20

https://twitter.com/afiffhmi/status/1306512424942542848?s=20

Bukan sahaja menegur telatah mereka yang melakukan challenge tersebut di tempai yang sesak dengan orang ramai, malah netizen turut mempersoalkan tindakan mereka memakai baju kelawar.

Baju berkenaan seperti diketahui sememangnya menjadi pilihan kaum Hawa sebelum ini dan perbuatan mereka memakainya di tempat khalayak ramai mengundang teguran di ruangan komen.

photo_2020-09-18_10-45-58 photo_2020-09-18_10-45-56 photo_2020-09-18_10-45-54

Walaupun sering dikecam tetapi TikTok sebenarnya juga mempunyai manfaat seperti kelas belajar bahasa Mandarin di aplikasi tersebut yang pernah kami kongsikan sebelum ini di pautan di bawah. 

Tidak Sekadar Mengajar Mandarin, TikTok Ini Turut Didik Netizen Pantang Larang Masyarakat Cina

Bukan Aplikasi ‘Sampah’, Ini Manfaat Lain TikTok Yang Ramai Tidak Tahu