Sekarang ini rasanya tidak susah untuk jumpa dengan restoran McD di mana-mana sahaja di Malaysia. Lagi-lagi kalau di lembah Klang. Memang banyak sungguh outlet McDonalds.

Hari ini merupakan ulang tahun ke-35 McDonald’s bertapak di Malaysia. Pada tahun 1982, outlet pertama McDonald’s adalah di Bukit Bintang dan bersempena ulang tahun ini, McDonald’s Malaysia turut berkongsi gambar vintaj dalam simpanan mereka ketika restoran ni mula beroperasi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebenarnya ada sambutan yang berlangsung di McDonald’s sebentar tadi tetapi rasanya sudah tamat dalam jam 2 petang tadi. Tetapi tidak mengapa jika anda ingin mengimbau nostalgia lama ketika di bangku sekolah makan Happy Meal di outlet ini, mungkin anda boleh buat lawatan kalau ada di sekitar Bukit Bintang. Lokasi McDonald’s ini pun sudah beranjak beberapa lot dari lot kedainya yang asal.

Sementara anda pergi menjejaki ayam goreng McD yang selalu habis itu, ada cerita menarik anda sepanjang makan di outlet pertama McD ini? Mesti ada yang lepas makan McD, terus lepak di Plaza Sungai Wang. Memori sungguh. Yang pasti harganya dengan sekarang jauh berbeza dari dahulu. Apapun, selamat ulang tahun McDonald’s!