Masih ingat kegilaan McDonalds’s Happy Meal Tomica 3 tahun yang lalu? Ramai yang sanggup beratur panjang demi membeli set penuh Happy Meal dengan mainan Tomica ini setiap minggu.

Nampaknya McDonald’s sekali lagi berkolaborasi bersama Tomica untuk model kereta mainan baharu, Toyota GR Supra. McDonald’s turut berkongsi teaser video khas koleksi kolaborasi ini yang akan mula dijual pada 1 Mei 2020.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Video teaser berkenaan memperlihatkan Toyota GR Supra berwarna merah skala sebenar mengelilingi replika burger Big Mac dan video rasminya akan ditayangkan pada 28 April 2020.

https://www.youtube.com/watch?v=4RV2rdy1zZY&feature=emb_title

Namun, berita tidak happy untuk Happy Meal ini ialah setakat ini ia cuma dijual untuk pasaran Jepun sahaja. Mungkin anda perlu minta bantuan rakan di Jepun untuk membelinya nanti.

Sekiranya McDoland’s Malaysia membawa masuk model ini, peristiwa reseller membeli sehingga 20 unit Happy Meal sekali gus dapat dielakkan. Permainan yang diberi percuma kemudiannya akan dijual kembali sehingga RM50 seunit.

Sekiranya anda pengumpul tegar set mainan kereta Tomica, anda mungkin boleh minta bantuan rakan di Jepun untuk membelinya. Atau anda tunggu dan berharap McDonald’s turut membawa koleksi ini untuk pasaran Malaysia.

P/S: Ketika ini koleksi mainan kereta Fast & Furious akan diberikan untuk setiap pembelian Happy Meal dan bertukar model baharu setiap minggu. Harap koleksi ini serba sedikit dapat mengubat ‘kekecewaan’ anda.

Ini adalah kisah Happy Meal Tomica 3 yang sold out dengan pantas tahun yang lalu. Klik pada pautan di bawah.

Ramai Yang Kecewa Kerana Tidak Dapat Membeli Set Permainan ‘Happy Meal’ Ini

McDonald’s Hasilkan Semula Mainan Ikonik Sempena Ulang Tahun Ke-40 Happy Meal

Gara-Gara Langgar Viva Hingga Remuk, Pemilik Lamborghini Belikan Mangsa Myvi Sebagai Ganti