Selepas pengumuman kolaborasi G-Shock dan New Era untuk ulang tahun burger Big Mac yang ke-50, McDonald's turut menghasilkan koleksi khas untuk satu koleksi baju bersama Uniqlo.

Uniqlo dan McDonald's menggunakan rekaan grafik yang simple dan mudah untuk digayakan pada koleksi ini. Jika anda membeli koleksi khas ini di Jepun, anda akan menerima kupon diskaun untuk set Big Mac di mana-mana cawangan McDonald's di Jepun.

Buat masa ini, ianya akan dipasarkan di butik Uniqlo di Jepun dan kemungkinan besar akan turut dipasarkan ke seluruh dunia pada kuantiti yang terhad. Jika koleksi ini tidak masuk pasaran Malaysia, koleksi Marvel x Uniqlo ini mungkin boleh jadi pengubat hati anda.

big-mac-uniqlo-ut-mcdonalds-collab-1

big-mac-uniqlo-ut-mcdonalds-collab-3

big-mac-uniqlo-ut-mcdonalds-collab-4

big-mac-uniqlo-ut-mcdonalds-collab-5

big-mac-uniqlo-ut-mcdonalds-collab-6

Baca: UNIQLO Mula Menjual Pakaian Melalui ‘Vending Machine’