Nampaknya edisi Happy Meal kali ini bukan sahaja akan menggembirakan anak-anak malah ibu bapa sekali. Untuk meraikan ulang tahun ke-40 Happy Meal, McDonald’s akan melancarkan semula mainan popular mereka sepanjang 4 dekad menerusi Surprise Happy Meal.

Untuk masa terhad, pembeli di 90 negara akan berpeluang untuk membeli Surprise Happy Meal ini bermula 7 sehingga 11 November 2019. Antara permainan yang akan dihasilkan kembali untuk edisi Surprise Happy Meal Toys ini adalah Cowboy McNugget (1988), Dino Happy Meal Box Changeable (1991), McDonald’s Hot Wheels Thunderbird (1993), Hamburglar (1995), Red Power Rangers (1995), Space Jam Bugs Bunny (1996), Tamagotchi (1998) dan banyak lagi.

Bas Smart Selangor Cover
HYPE
Patutkah Caj RM1 Dikenakan Buat Warga Asing Yang Naik Bas SMART Selangor?
Baca lagi →

Disebabkan namanya ‘surprise’, kemungkian besar anda tidak boleh memilih mainan yang ada dalam set Happy Meal anda. Tidak diumumkan lagi oleh pihak McDonald’s senarai negara yang akan menjual Surprise Happy Meal ini. Diharap ianya dijual di sini kerana pasaran besar McDonald’s di Malaysia.

Satu ketika dahulu, permainan Happy Meal ini menjadi rebutan rakyat Malaysia sehingga ianya sold out di semua cawangan McDonalds’s Malaysia.

Ramai Yang Kecewa Kerana Tidak Dapat Membeli Set Permainan ‘Happy Meal’ Ini

Ini Sebab McDonald’s Bukit Bintang Bertukar Nama Kepada ‘Mekdi’

Anda Mungkin Suka