Hanya di Jepun, anda akan nampak promosi seperti ini. Dalam satu kempen untuk mempromosikan dua perisa sos baru untuk McNuggets, Mcdonald’s Japan akan memberikan seorang pelanggan bertuah dengan nugget emas 18-karat ! Syaratnya, mereka perlu membuat pembeliat McNuggets dalam pesanan mereka.

Kempen itu dilancarkan bersama-sama maskot terbaru McDonalds, Kaito Nuggets. Maskot Kaito Nuggets ini akan membuat kemunculan secara random antaranya di perlawanan baseball atau membuat kejutan dalam party yang anda buat di McDonald’s.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika pelanggan McDonald’s tidak memenangi nugget emas seberat 50gram itu, 21 pelanggan bertuah lain akan dipilih dan mendapat 5-piece McNuggets selama 39 hari bersama-sama dua perisa sos terbaru mereka, Creamy Cheddar Cheese dan Fruits Curry Sauce. Tidak diberitahu bagaimana pemenang nugget emas itu dipilih buat masa sekarang.

Hanya di Jepun anda boleh beri nugget emas ini kerana pekerja mereka sangat jujur. Jadi tidak perlu risau jika nugget emas itu diambil orang. Siapa yang ada di Jepun tu, bolehlah menyertai pencarian nugget emas ini bermula 8 June ini sehingga 28 June 2016.