Vkusno & Tochka, pengganti jenama McDonald’s dibuka semalam dengan sambutan yang memberangsangkan apabila ratusan orang mula beratur mahu mencuba makanan segera terbaharu itu, lapor media antarabangsa.

McDonald’s sebelum ini menarik diri dari Rusia selepas bermulanya pencerobohan Vladimir Putin ke atas Ukraine. Bukan sahaja McDonald’s, banyak syarikat lain yang menghentikan operasi di Rusia selepas berlakunya perang di sana.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rusia telah dikenakan sekatan keras berikutan pencerobohan tanpa provokasi ke atas Ukraine.

McDonald’s pernah mengendalikan lebih daripada 800 buah kedai di seluruh Rusia, tetapi sejak menarik diri dari negara itu, McDonald’s telah menutup keseluruhan cawangan jenama mereka di sana.

Bagaimanapun, gergasi makanan segera itu baru-baru ini menjual keseluruhan jenama itu dengan bayaran yang tidak didedahkan kepada ahli perniagaan Rusia Alexander Govor, yang mengendalikan 25 restoran McDonald’s di Siberia.

Restoran makanan segera yang baharu, bernama Vkusno & tochka, atau ‘Sedap dan lazat’, telah menyaksikan barisan panjang warga Rusia yang mahu mencuba makanan segera terbaharu itu.

Menurut Daily Mail, seorang lelaki telah dibawa keluar dari majlis perasmian kedai tersebut kerana memegang papan tanda yang berbunyi ‘bawa balik Big Mac’.

Bic Mac dan McNuggets telah digugurkan daripada menu, tetapi banyak pilihan lain menu yang mempunyai persamaan dengan McDonald’s.

Ia tidak menghairankan memandangkan sebahagian besar bahan yang digunakan adalah sama dengan disediakan oleh kebanyakan kakitangan yang sama yang pernah bekerja untuk McDonald’s.

Wartawan BBC Francis Scarr pula menyatakan bahawa kebanyakan uncang sos adalah dari McDonald’s dengan huruf ‘M’ ditutup dengan pen marker.

Untuk rekod, dari bungkusan kepada pakaian seragam pekerja kelihatan seperti rekaan McDonald’s, difahamkan bahawa ia disengajakan untuk memastikan perkara itu serupa.

Jenama Uncle Vanya gantikan McDonald’s di Rusia dengan logo yang hampir sama. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Jenama Uncle Vanya Gantikan McDonald’s Di Rusia Dengan Logo Yang Hampir Sama

Perang Rusia Dan Ukraine, Apa Sebenarnya Yang Dimahukan Vladimir Putin?

Rusia vs Ukraine: Apa Akan Berlaku Jika Vladimir Putin Berjaya Tawan Kota Kyiv?