Seronoknya dah tiba hujung tahun sebab ini masanya untuk pergi bercuti dengan keluarga atau rakan-rakan! Pasti ramai yang dah rancang hendak cuti ke mana dan ada juga yang dah rancang nak buat road trip ke seluruh Malaysia. Seronok!

Tapi sebelum anda mula bercuti, kami hendak beritahu yang McDonald’s sedang buat cabaran #JalanJalanMcD #RoadTripChallenge di mana anda berpeluang memenangi sebahagian daripada hadiah wang tunai bernilai sehingga RM100,000!

#JalanJalanMcD ini adalah cabaran road trip sejauh 2,500KM merentasi Semenanjung Malaysia di mana bukan sahaja anda dapat jejak kaki di destinasi popular tetapi turut singgah di cawangan Drive-Thru McDonald’s ikonik yang ada di Semenanjung Malaysia.

Jadi, selepas ini anda tahu di mana anda sahaja pergi, McDonald’s sentiasa ada untuk anda. Begitu!

Macam mana untuk join cabaran #JalanJalanMcD #RoadTripChallenge ?

Dapatkan #JalanJalanMcD Pasport terlebih dahulu

  1. Anda perlu rancang perjalanan dan dapatkan pasport di McDonald’s Drive-Thru berdekatan anda. Dalam pasport itu nanti akan tersenarai 20 lokasi Drive-Thru yang anda perlu lawati untuk dapatkan stamp.
  2.  Untuk dapatkan stamp dan passport ini, anda perlu buat pembelian bundle #JalanJalanMcD berharga RM19.99 menerusi aplikasi McDonald’s dahulu. Anda akan dapat 1x Spicy McCrispy, 1x McChicken, 1x Medium Fries, 2x Medium Coke, paling penting 1x #JalanJalanMcD pasport dan 1x setem!

Jadi 10 peserta terawal yang melawat semua 20 lokasi ikonik McD Drive-Thru terpilih dan menang wang tunai bernilai sehingga RM100,000!

  1. Buat pembelian minima RM20 menerusi ‘Pesan & Ambil’ di 20 lokasi ikonik McDonald’s Drive-Thru yang tersenarai melalui aplikasi McD.
  2. Lepas dah pick up makanan dan dapatkan setem, scan kod QR yang terdapat pada pasport dan muat naik resit serta gambar setem di mcdonalds.com.my/jalanjalanMcD.
  3. Jadi 10 yang peserta pertama untuk kumpul kesemua setem di 20 McD Drive-Thru ikonik terpilih di Semenanjung Malaysia dan anda berpeluang jadi pemenang hadiah utama di mana anda akan dapat wang tunai sehingga RM15,000 dan baucer McD sebanyak RM5,000!

Tunggu, kalau nak menang lebih hadiah, jangan lupa untuk rakam Vlog pengembaraan #JalanJalanMcD anda!

Ketika anda mengembara ke 20 lokasi McDonald’s Drive-Thru itu nanti, jangan lupa untuk rakam detik-detik gembira anda bersama. Sebabnya? Anda berpeluang lagi untuk menang hadiah tambahan dengan adanya travel vlog #RoadTripChallenge anda nanti!

Tidak perlu kamera yang canggih untuk anda buat travel vlog ini. Asalkan anda ada telefon pintar dengan kamera yang berfungsi, you’re good to go!

Syaratnya? Anda perlu muat naik video berkenaan di Instagram Reels anda dan tag @mcdonaldsmalaysia berserta hashtag #JalanJalanMcD #RoadTripChallenge.

10 penyertaan dengan jumlah likes paling tinggi berpeluang untuk menang lebih hadiah!

“Buku merah jangan lupa bawa moga-moga belum tamat tempoh,” teringat pula lirik lagu Bawaku Pergi nyanyian Zizan dan Kaka bila cerita tentang pasport McD  ini.

#JalanJalanMcD #RoadTripChallenge ini berlangsung dari 10 hingga 31 Disember 2022 dan senarai 20 restoran McDonald’s Drive-Thru ikonik boleh dirujuk di sini. Ajak rakan anda dan jom sama-sama hunting 20 lokasi ini. Ayuh!